Bercerita pada awal 2009 ini sememangnya banyak perkara yang berlaku di sekolah. Selalunya di awal persekolahan memang menjadi sibuk buat para guru dalam melaksanakan rutin harian mereka. Mengajar dan melaksanakan pelbagai kerja pengurusan termasuk mengutip yuran Takaful. Menyemak nama pelajar, proses pendaftaran pelajar, persediaan pendaftaran peperiksaan pelajar dan pelbagai aktiviti berlangsung disekolah dan pelbagai acara tahunan yang lain mewarnai kerja pengurusan yang harus dilakukan guru termasuklan kejohanan sukantara, olahraga sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah dan negeri. Paling teruk lagi sekolah tersebut akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut....
Saya sempat berbual dengan seorang guru yang menyatakan rasa tidak puas hati kepada pentadbir yang kurang memahami guru. Mana tidaknya setelah dilantik sebagai setiusaha P*****n, dilambak pula dengan 25 masa yang terdiri daripada 3 subjek berbeza. Tugas sebagai seorang SU memang berat. Kata beliau lagi, pelbagai dokumentasi perlu diselaras dan permantauan perjalanan peperiksaan dan segala perihal peperiksaan perlu diteliti. Selain itu, beliau terpaksa mengajar matapelajaran peperiksaan pada masa yang sama kepada semua kelas yang mengambil peperiksaan tahun ini.
Bagi ketika yang sama, ada juga sebilangan guru yang kurang beban berbanding guru yang terlibat. Soalnya sekarang, mengapa situasi ini kerap berlaku di sekolah? Seharusnya jika benar apa yang didakwa, tidak mustahil guru berkenaan mengalami stres yang berpanjangan. Ada juga pendapat mengatakan kebanyakan guru yang rajin selalunya dikurniakan pelbagai jawatan ‘besar’ yang hasilnya membuatkan guru berkenaan akan terbeban.
Seperkara yang perlu difikirkan, mengapa para pentadbir jarang mengkaji potensi dan minat sebelum menyerahkan tanggungjawab kepada individu yang sesuai. Perancangan sumber manusia seharusnya perlu dirancang dengan teliti oleh pihak pentadbir dan bukan hanya memberikan suatu jawatan atau tanggungjawab kepada individu yang sama. Secara amnya, perkara sebegini membezakan sekolah berpencapaian rendah dan tinggi.
Budaya kepemimpinan yang mampu merangsang pentadbiran berkualiti dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah. Sekolah yang berpencapaian tinggi lazimnya dilihat memberi pengupayaan kepada setiap warganya berbanding merendahkan kemampuan seseorang. Tidaklah nanti, semua tugasan dan tanggungjawab yang berat hanya berlegar-legar kepada orang yang sama. Alasan sesetengah pentadbir, mereka orang harapan dan boleh buat kerja. Habis apa jadi dengan orang lain, adakah mereka tidak pandai buat kerja?
CARA MUDAH INGAT - MNEMONIK UJIAN MAKANAN (SAINS TINGKATAN 2 - BAB 3)
-
CARA MUDAH INGAT - MNEMONIK UJIAN MAKANAN (SAINS TINGKATAN 2 - BAB 3)
Klik sini untuk video.
Kredit kepada Cikgu Rosmaini Abdullah
1 year ago
No comments:
Post a Comment