Friday, February 27, 2009

9 PETUA MENYESUAIKAN DIRI

Dalam berkomunikasi kadangkala kita rasa janggal.... kadang-kadang rasa malu, kekok dan sebagainya. Di sini, saya ingin berkongsi petua bagaimana anda boleh cepat menyesuaikan diri dalam seesuatu keadaan, orang sekeliling dan persekiataran baru tanpa perlu ada tekanan emosi sebaliknya, dengan kerelaan hati artinya boleh joint dengan semua orang pada bila-bila masa dan di mana juga.

1. Maafkan
Pada malam sebelumnya, maafkan semua orang, lupakan kesalahan-kesalahan mereka (lupakan habis! tapi kalu terlalu dalam .... maka its will take time....) dari dulu sampai sekarang. Teknik ini mencuci hati dari fikiran negatif, emosi-emosi negatif lalu mengelak anda dari tertekan saat berjumpa dengan persekitaran baru atau anda ingin mewujudkan persekitaran baru.

Ia adalah rahsia komunikasi magnetik dan ionic, di mana hati yang bersih akan menarik sesiapa jua supaya jadi senang bila berhampiran dan berbicara dengan Anda. Masalahnya, kebanyakan orang, mereka susah nak jadi pemaaf....... heiiii ni yang masalah besar... so cuba atasi pelan... pelan....

2.Niat
Mulakan dari niat. Pasang niat dalam hati yang Anda mahu berbaik dengan mereka. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

3. Salam
Ucap salam perkenalan atau bertanya khabar, beritahu nama anda sambil berjabat tangan. Pamerkan wajah energetik macam Aznil Nawawi dalam Tom-tombak...., pandang terus ke mata dan try buat ramahhhh.....

Hanya mata orang tu bukannya meliar ke bibir, hidung, kening, rambut atau dagu dan lain-lain bahagian..... Anda akan diragui bila berbuat begitu di mana bola mata Anda ‘menjelajah’ ketika pertama kali bertemu. Elakkan memandang orang dari atas kebawahhhhh... macam nak marah aje.....

Lebih lihat terus ke matanya saja sambil mempamerkan wajah yang tampak yakin, yang relaks, steady, be in control.

4.Analisa
Analisa orang sekeliling tu dulu, cemana mereka, perwatakan mereka, air muka, cara diorang bercakap, pandangan mata, bahasa badan yang mereka tunjukkan. Kemudian, sesuaikan diri anda dengan mereka. tapi jangan over lakkkk...!!!!

5. Bersedia.
Sedia memperkenalkan diri, beritahu sedikit latar belakang, asal anda, pekerjaan dan umur (kekadang teringin nak rahsiakan).

6. Buka Cerita.
Buka cerita tentang cuaca, isu semasa. Jangan berlagak yang Anda tahu banyak perkara, cukup sekadar membuka topik untuk menghangatkan suasana. Ingat jangan tunjuk pandai sangat... nanti orang lain akan boring..... "ingatkan dia pandai sangat?"

7. Buang Sangkaan Buruk.
Elak sangkaan buruk dan yang negatif masuk di fikiran ketika berkenalan dengan orang sekeliling yang baru dan persekitaran baru. Anggap mereka ada ciri-ciri positif (susah tu) dan yang baik dalam diri masing-masing.

8. Rajin
Perlihatkan mereka kerajinan anda, rajinkan diri membantu apa yang patut, murah berkongsi buah fikiran dan ambil bahagian dalam apa jua yang mereka lakukan. Murah dengan senyuman dan bercakap dengan nada suara yang normal, tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan. (Kalau terlalu kuat cam na?.... Eiiiii macam orang kurang perhatian lak....

9. Buat Mereka Ketawa.
Pergaulan menjadi lebih indah, lebih berseri bila di selitkan lawak jenaka, cerita lucu dan gelak ketawa. Buat mereka ketawa, biar sampai pecah perut. Kalau boleh pertama kali jangan over sangat tapi bila dah kenal betul barulah boleh buat lawak "org dewasa... cth "apakah perbezaan antara peti ais dan ....."

Bila mereka boleh ketawa bersama Anda, maknanya mereka dah menerima kehadiran Anda! Syabas.....

2 comments:

Alone said...

kadang2 susah juga nak sesuaikan diri.

btw, petua cikgu ni praktikal juga.

thanks for info =D

Unknown said...

kongsi petua kau lak...
Sekadar ingat mengingati.. ...

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridhoi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....



"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

............seterusnya baca blog aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...