Friday, February 13, 2009

Ada apa dengan Melamin

Melamin adalah produk yang dibuat dari resin sintetis hasil kondensasi melamin dan formaldehid. Melamin merupakan salah satu jenis produk perlengkap makanan dan minuman. Ini kerana produk melamin mempunyai beberapa kelebihan antara lain ringan, dapat dijumpai dalam berbagai bentuk dan mempunyai bentuk yang menarik serta tidak mudah pecah.

Apakah bahaya Melamin?
Penggunaan produk melamin dan sejenisnya harus diberi perhatian yang serius kerana produk-produk tersebut mengakibatkan gangguan pada kesihatan manusia. Jika diambil berlebihan atau dengan kerap, melamin boleh mendatangkan risiko kesihatan. Pencemaran melamin dalam produk tenusu telah mengorbankan empat bayi di China dan menyebabkan 54,000 lagi mengalami masalah buah pinggang dan penyakit-penyakit lain. Agensi kawalan ubatan dan makanan Korea (KFDA) kini sedang memeriksa 428 makanan proses untuk mengesan bahan berbahaya itu.

Bernama melaporkan pihak berkuasa keselamatan makanan Korea Selatan menemui bahan berasaskan nitrogen itu dalam coklat berjenama Kit Kat dan Snickers yang dihasilkan dari China. Sayur-sayuran import dari republik itu turut tercemar dengan kandungan melamin yang tinggi. Kementerian Kesihatan kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalankan pemeriksaan tahap empat terhadap semua produk makanan dari China bagi memastikan ia benar-benar selamat, lapor Bernama.

"Kami mendapat tahu dari Korea (Selatan) bahawa mereka mengesan kadar melamin yang tinggi dalam sayur-sayuran yang mereka import dari China.

"Kami telah melancarkan pemeriksaan tahap empat terhadap semua produk makanan dari China dengan mengambil contoh produk berkenaan untuk ujian," kata Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai.

Apakah kaitan antara susu dan melamin
Melamin yang merupakan bahan kimia industri yang digunakan untuk membuat plastik dan baja, kaya dengan nitrogen apabila dicampur ke dalam susu. Bahan itu boleh menjadikan tahap protein lebih tinggi daripada yang sepatutnya dan ia diharamkan untuk pengeluaran bahan makanan.

PINGGAN MANGKUK DARI MELAMIN
Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMIN yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.

Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand, Amerika Syarikat, dan juga UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.

Rujukan
Melamine-tainted milk seized from China factory:
http://www.nst.com.my/Current_ News/NST/Monday/NewsBreak/ 20080915125202/Article/index_ html

Melamine plates a health hazard
http://archive.gulfnews.com/ articles/07/05/14/10125274. html

FDA: Melamine found in baby formula made in China
http://www.usatoday.com/money/ industries/food/2008-09-11- tainted-formula_N.htm

Pet Food Recall (Melamine)/Tainted Animal Feed
http://www.fda.gov/oc/opacom/ hottopics/petfood.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...