Wednesday, January 26, 2011
Warna’ Disebalik Waktu Solat
ZUHUR - Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
+/- Baca Lagi.....
Friday, September 18, 2009
Ucapan Selamat Hari Raya 2009

kepada semua kawan-kawan, sedara mara dan para pelajar... saya ingin memohon jutaan kemaafan atas segala perkara yang telah dilakukan samada secara sengaja atau secara tidak sengaja...biasalah kita semua manusia takkan dapat lari dari melakukan kesalahan... justeru diakhir ramadan ini marilah kita saling maaf memaafi antar satu sama lain..
Wednesday, August 5, 2009
NISFU SYA'BAAN
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Baca Lagi.....
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, rabu malam)
Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, jumaat malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik….
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya’aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya , adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya , adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua’alam
JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA’ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN… NAUZUBILLAMINZALIK…
[2:54:20 PM] manmyvie: BULAN Rejab telah berlalu meninggalkan kita. Ini bermakna latihan peringkat pertama untuk memasuki gerbang Ramadan telah pun berlalu. Ada di antara kita yang telah berjaya melatih diri dengan melakukan ibadah puasa, qiamullail, membanyakkan istighfar, selawat, bacaan al-Quran dan sebagainya.
Bermacam-macam amalan kebaikan yang dihidangkan oleh Allah kepada hamba-Nya untuk dilakukan bagi mendekatkan diri kepada-Nya kerana Allah Maha Mengetahui hamba-Nya akan bosan jika melakukan satu amalan tertentu sahaja.
Namun, tidak semua kita yang prihatin dengan kedatangan saat yang penting dan mulia ini kerana keprihatinan terhadap dunia telah menguasai diri. Akibatnya, kita lebih peka dengan tarikh Mega Sale di pusat-pusat membeli belah sempena hari kemerdekaan dan hari raya daripada tarikh dan masa yang lebih penting dan bernilai dari dunia dan seisinya.
Oleh kerana itu, pakaian dan perhiasan lahiriah untuk menyambut hari raya telah kita rancang dengan sempurna tetapi pakaian dan perhiasan batiniah bagi menyambut Ramadan dan Hari Aidilfitri kita lupakan kerana penyakit cintakan dunia telah membarah di hati.
Hari ini, kita telah berada di dalam bulan Syaaban, antara bulan yang paling mulia dan dinanti-nantikan oleh insan-insan yang mempunyai mata hati. Ia juga adalah bulan yang masyhur dengan keberkatan dan kebaikan yang banyak.
Bertaubat pada bulan ini merupakan sebesar-besar kebaikan dan melakukan ketaatan pada bulan ini merupakan sebesar-besar perniagaan yang menguntungkan.
Allah menjamin bagi orang-orang yang bertaubat pada bulan Syaaban dengan keamanan. Orang yang menyediakan kesungguhan dan mujahadah pada bulan Syaaban bakal meraih kejayaan pada bulan Ramadan. Oleh kerana itulah bulan ini dinamakan Syaaban kerana terpecah daripadanya kebaikan yang banyak.
Hanya dengan rahmat dan kasih-sayang-Nya, kita diberi peluang untuk kesekian kalinya bersua dengan Syaaban yang menyimpan pelbagai keistimewaan.
Bagi memastikan kita dapat menghayati Syaaban dengan sebaiknya, kita seharusnya mengetahui apakah yang terdapat di dalam bulan Syaaban terutamanya peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku di dalamnya.
Pertukaran arah kiblat
Antara peristiwa penting yang berlaku pada pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke kaabah. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah SAW.
Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda SAW bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah. Sehinggalah Allah mengurniakan dan merealisasikan permintaannya seperti dirakamkan di dalam al-Quran: Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjid al Haram (tempat letaknya kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. (al-Baqarah: 144).
Ini membenarkan firman Allah SWT: Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu sehingga Engkau reda - berpuas hati. (al-Dhuha: 5)
Abu Hatim al-Busti berkata: Orang-orang Islam solat mengadap ke Bait al Maqdis selama 17 bulan 3 hari. Rasulullah datang ke Madinah pada hari Isnin 12 Rabiulawal dan Allah memerintahkan mengadap ke Kaabah pada hari Selasa 15 Syaaban.
Diangkat amalan
Di antara keistimewaan Syaaban yang masyhur ialah diangkat amalan hamba-hamba-Nya pada bulan ini. Ini merupakan pengangkatan amalan yang terbesar.
Oleh kerana itu, ketika Usamah ibn Zaid r.a bertanya kepada Rasulullah SAW tentang sebab kesungguhan Baginda SAW berpuasa pada bulan Syaaban, Baginda SAW menjawab: "Ia adalah bulan yang sering dialpakan oleh manusia, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan diangkat segala amalan kepada Tuhan semesta alam. Saya suka amalan saya diangkat ketika saya berpuasa". (riwayat al-Munziri)
Ditentukan umur
Pada bulan Syaaban juga ditentukan segala umur, iaitu dizahirkan takdir tersebut. Namun perbuatan Allah itu tidak terikat dengan masa atau pun tempat. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mencatat pada bulan Syaaban bagi setiap jiwa yang akan mati pada tahun tersebut. Maka aku suka ajalku datang kepadaku ketika aku sedang berpuasa". (riwayat Abu Ya'la).
Oleh yang demikian, Rasulullah SAW paling banyak berpuasa pada bulan Sy kerana itu, Syaaban adalah bulan berselawat ke atas Nabi SAW.
Terlalu banyak kelebihan berselawat ke atas Nabi SAW dan ia adalah ibadat yang paling afdal dari ibadat-ibadat yang lain. Kita sendiri dapat memikirkannya kerana amalan lain Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya melakukannya tetapi amalan selawat Allah berselawat ke atas Baginda SAW terlebih dahulu, kemudian barulah Allah menyuruh hamba-hamba-Nya berselawat ke atas Baginda SAW.
Syaaban bulan al-Quran
Syaaban juga disebut sebagai bulan al-Quran. Kita sedia maklum, membaca al-Quran dituntut pada setiap masa tetapi ia lebih dituntut pada masa-masa yang berkat dan mulia seperti bulan Ramadan, Syaaban dan bulan-bulan mulia yang lain.
Oleh kerana itu, Anas meriwayatkan dengan sanad yang daif bahawa apabila masuk bulan Syaaban, kaum Muslimin menumpukan kepada mushaf-mushaf mereka dan membacanya, mengeluarkan zakat harta mereka untuk memberi kekuatan kepada orang yang lemah dan miskin menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.
Selain itu juga, kita digalakkan merebut peluang kedatangan Syaaban dengan membanyakkan menyebut kalimah syahadah: Laa ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah dan istighfar.
Ini adalah pintu memasuki Islam dan tangga memelihara iman dan mikraj hati serta roh kepada Tuhan Pemilik seluruh alam. Ia juga adalah sebesar-besar kebaikan bagi memperbaharui keimanan dan menghapuskan kejahatan sehingga menarik pemiliknya memasuki syurga. Istighfar dapat menghapuskan dosa-dosa, kesulitan dan meringankan bebanan.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang melazimi istighfar, Allah menjadikan baginya dari setiap kemurungan pelepasan, dari setiap kesempitan jalan keluar dan dikurniakan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka". (riwayat Abu Daud, al-Nasaei, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Demikianlah istimewanya Syaaban. Semoga kita dapat merasai kebesaran Syaaban dan melihat kurniaan Allah padanya dengan penuh insaf, beradab dan kesyukuran.
Orang yang bijak ialah orang yang menggunakan sebaiknya kesempatan yang diberikan dan orang yang bodoh ialah orang yang menangguhkan kesempatan yang diberikan kerana menyangka esok masih ada untuknya.
Monday, July 6, 2009
RM 10.00
Seorang ibu pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat beg ibunya, si anak itu bertanya kepada ibu.....
Anak: Ibu...ibu.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ibu : Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ibu...berapa pendapatan ibu sejam di pejabat?
Ibu : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ibu mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ibu.... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ibu sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ibunya.
Ibu : 20 ringgit sejam... Kenapa nak tahu?
Jerkah ibunya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: IBu.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari Ibu?
Si ibu mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ibu? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ibu penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ibu duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ibu kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah, si ibu melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah... ambil ni" Si ibu mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ibu!"
Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ibu kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"
Amin tunduk..... tak berani dia merenung ibunya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ...."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ibu bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ibu sebab Amin tak cukup duit..."
"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ibunya lagi.
"Ibu.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ibu ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ibu di pejabat tu. Amin nak ibu balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ibu.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ibunya...
Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi..yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk... Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..
Bayangkan.... ..bila dah kerja nanti...kalau kita mati..pihak syarikat akan senang2 cari orang lain..gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan terasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka...Fikirlah. ..selama ni...apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??
Thursday, June 18, 2009
Rejab akan datang.....
1) Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2) Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab/Isra Mi'raj, akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3) Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4) Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab, maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5) Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaAllah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6) Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7) Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"
Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
Friday, May 22, 2009
5 Perkara !!
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1-وجه جميل
1:wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak
3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
kata nabi saw
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak
بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat
Friday, May 1, 2009
Tujuh Keajaiban Dunia
Semoga bermanfaat dalam kehidupan kita InsyaAllah.... =)
Suatu hari di sebuah kelas, pelajar sedang belajar geografi . Tajuknya ialah "Tujuh Kejaiban Dunia" pada awal pelajaran mereka disuruh untuk menuliskan tujuh keajaiban dunia yang mereka ketahui. Lepas tu apa lagi semuanya menjawab dengan tekunnya...., walaupun ada beberapa jawapan yang tidak sesui dan ada yang salah, namun secara am dan sebahagian besarnya daripada mereka menuliskan tujuh kejaiban dunia iaitu :
1. Piramida
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Cina
4. Kuil Ankor
5. Menara eiffel
6. Borobudur
[7. kok ilang nih -Dewa]
ketika mengumpulkan jawapan tujuh kejaiban dunia dari semua pelajar, Guru memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis kecil pendiam, yang belum mengumpulkan tugasnya, lalu Guru bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesulitan dengan tugasnya
Gadis kecil pendiam itu menjawab
"payah sedikit, sebab saya tidak dapat memilih mana satu keajaibannya kerana sangat banyak"
Lalu Ciku berkata
"baik, katakan pada kami apa yang kamu tulis, mungkin kami boleh membantu memilihnya"
Gadis kecil itu termenung sejenak, kemudian dia membaca jawapannya,"Tujuh Keajabian Dunia"adalah :
1.Boleh melihat
2.Boleh mendengar
3.Boleh menyentuh
4.Boleh menyayangi
Dia termenung sebentar lagi, dan kemudian meneruskan bacaanya lagi ....
5.Boleh merasakan
6.Boleh Tertawa
7.Dan boleh mencintai
Ruang kelas seketika sunyi, alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat eksploitasi manusia dan menyebutnya "kejabaiban" Sementara kita lihat apa yang diberikan Tuhan kepada kita, kita lebih suka melihatnya sebagai hal yang "Biasa", semoga pada hari ini kita dapat merenungkan tentang segala hal yang betul-betul ajaib dalam kehidupan kita
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"(Q.S Ar-Rahmaan)
Monday, April 6, 2009
Kiamat Dah Dekat....
'Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari
tetapi apabila kita mngejar akhirat, dunia akan mengejar kita..'
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Hadith Sahih Bukhari
~ perkara ni dah jadi dah... depan mata.... walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00 malam @ Al Jazeera.
2) Zina bermaharajalela. .
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang..' - Hadith Sahih Muslim
~ perkara ni dah jadi dah... depan mata.... kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad S.A.W masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.
3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah
~ perkara ni dah jadi dah... depan mata..... paling senang nak jumpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah... dan pelbagai lagi...... ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.
4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah... tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada... masjeed cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjeed mana paling canggih... cantik.....
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...... ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela.... bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak...
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal... kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga..
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)... pakai kat umah cukupla tunjuk kat laki, dapat pahala besar... ini siap tunjuk kat orang.. nak tunjukkan betapa besar "lurah aku", betapa besar pinggul aku", betapa ramping badan ku... betapa 'flat' perut ku .... etc... masyaAllah. kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau telekung jarang, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.)
10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok... atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......... macam macam kan ....
12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu .......
& disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq ... soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya ..... buat tak tahu jek....
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa) dah kene banjir....
Monday, March 9, 2009
BULAN BERSEJARAH RABIULAWWAL....
1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. (Rujuk http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal/maulud.htm)
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah. Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan. Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah, Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7. Pembukaan Iraq, Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8. Pembukaan Baitul Muqaddis, Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam ,Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi muzium
Selawat
Sempena Maulidur Rasul... hari ni, marilah kita berselawat bebanyak keatas Junjungan Besar S.A.W.......
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.
- Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)
- Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
- Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
- Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
- Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
- Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
- Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
- Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
- Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
- Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
- Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
- Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
- Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
- Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
- Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
- Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
- Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
- Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
- Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
- Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
- Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
- Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
- Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
- Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
- Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
- Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
- Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
- Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
- Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.
- Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani
Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.
Friday, February 6, 2009
Jom.... Belajar Tajwid

Marilah kita sama-sama mengmuhasabah diri kita.... selama ini betulkah bacaan Quran kita..? semasa kita baca bersendirian dan lebih-lebih lagi bacaan dalam solat kita, ini penting dalam memastikan solat kita sah dan diterima oleh Nya...membaca Al-Quran memerlukan syarat dan rukunnya. Di sini saya serta link panduan tajwid Al-Quran semoga sedikit sebanyak memberi petunjuk dan panduan kepada kita semua..... panduan ini boleh di"print"kan untuk dijadikan buku panduan seharian.... untuk bacaan yang baik dan lebih berkesan dapatkanlah tunjuk ajar dari orang yang lebih pakar....atau ustaz yang muktabar kerana ianya melibatkan sebutan yang tepat ia boleh didownload melalui link ini................. Mudah-mudahan link ini boleh memberikan manfaat kepada kita dan generasi harapan agama, bangsa dan negara.
Tuesday, February 3, 2009
Monday, December 15, 2008
MUHAMMAD MANUSIA AGUNG
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...untuk mengingatkan kita.. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
ASAR - Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
MAGHRIB - Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (gangguan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
ISYAK - Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Sumber: www.zahazan.net