Monday, July 6, 2009

RM 10.00

Kita tidak boleh dan tak patut pun bekerja lebih dari 8 jam sehari atau 40 jam seminggu. Kita mesti ikut formula itu betul betul. Kerja berpada pada badan tak lah binasa.

Seorang ibu pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat beg ibunya, si anak itu bertanya kepada ibu.....

Anak: Ibu...ibu.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ibu : Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ibu...berapa pendapatan ibu sejam di pejabat?
Ibu : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ibu mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ibu.... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ibu sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ibunya.
Ibu : 20 ringgit sejam... Kenapa nak tahu?
Jerkah ibunya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: IBu.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari Ibu?
Si ibu mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ibu? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ibu penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ibu duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ibu kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ibu melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah... ambil ni" Si ibu mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ibu!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ibu kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk..... tak berani dia merenung ibunya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ...."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ibu bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ibu sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ibunya lagi.

"Ibu.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ibu ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ibu di pejabat tu. Amin nak ibu balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ibu.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ibunya...

Moral:

Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi..yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk... Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..

Bayangkan.... ..bila dah kerja nanti...kalau kita mati..pihak syarikat akan senang2 cari orang lain..gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan terasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka...Fikirlah. ..selama ni...apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...