Showing posts with label Pengakap. Show all posts
Showing posts with label Pengakap. Show all posts

Tuesday, July 7, 2009

Huraian Lambang Pengakap Malaysia



Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.

Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

Monday, April 13, 2009

Kursus Manikayu Kedah Selatan


Bertempat di SMK Agama Baling, satu kursus Manikayu diadakan untuk kalangan guru khusus bagi daerah Baling, Sik, Kuala Muda, Yan, Kulim dan Bandar Bahru..... Kursus tersebut diadalan pada 2 hingga 4 April 2009.... Tahniah kpd semua guru yang telah dapat menghabiskan kursus manikayu ini....

Monday, March 2, 2009

Friday, February 27, 2009

Kursus Ketua Patrol 2009

Seperti yang telah dipostkan dahulu, bertempat di Tapak Perkhemahan Sungai Angkat JPS, Iboi, Kupang, Baling, sedang berlangsung Perkemahan Kursus Ketua Patrol, Persekutuan Pengakap Derah Baling sehingga 28 Feb 2009,

Kursus melibatkan lebih 170 orang peserta Pengakap Remaja dan Pengakap Muda. Tunggu tambahan post nanti.....



Satu khemah 4 orang saja ke.... yang kecik pon ada.... Anak Papa... yang baju putih pon ada.... AWAS !!!!... zip....

Mai makan ka mengiring pelajar ????

gambar ehsan "mshaiful.blogspot.com" thanks....

Wednesday, February 25, 2009

Logo Pengakap Dunia

Monday, February 23, 2009

Pendaftaran Persekutuan Pengakap 2009

Pendaftaran pengakap bagi Daerah Baling pada tahun 2009 boleh dijalankan dengan online. Tahniah kepada persekutuan Pengakap Malaysia kerana berjaya memanafaatkan semua kemudahan ICT yang dibekalkan di sekolah.... Justeru itu saya mengajak semua rakan pengakap untuk mendaftar segera.... Sebaik-baiknya pendaftaran yang dibuat perlu diberitahu kepada Pesuruhjaya Pengakap Baling iaitu Cg Idris atau Cg Saiful Azlan beserta bukti iaitu salinan "bank in slip" sebagai buktu dan sebagai rekod kumpulan berkenaan telah membuat pendaftaran online. Segala yang berkaitan dengan pendaftaran ini telah dibincangkan dalam mesyuarat aktiviti kokurikulum (Pengakap) daerah di SK Kampong KEDA, Kupang.... Taklimat telah diberikan oleh Cg. Zainol pada hari Khamis 19.2.2009. Diharapkan tiada lagi penyelewengan akan berlaku.... SYABAS !!!!!

Website pendaftaran online
http://www.myscout.com.my/daftar


Download borang di

http://www.4shared.com/file/79861773/c60f0fef/pendaftaran_pengakap_2009.html

Friday, January 16, 2009

LOGO PENGAKAP BERTUKAR SETELAH 100 TAHUN



Logo pengakap Malaysia kini telah bertukar warna pada lingkarannya. Pertukaran warna melibatkan lilitan tali berwarna biru bertukar kepada kuning bersempena 100 tahun kepengakapan di Malaysia. Logo yang lama spt disebelah yang talinya berwarna biru, manakala tali lingaran luar yang berwarna kuning tu adalah yang baru... emmm nampak lebih cantik dan lebih kemalaysiaan. Macam ni semua ahli pengakap akan lebih giat lagi lerrrr....

"Sekali berpengakap, terus berpengakap"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...