Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku..mak
Bila lapar, yang suapkan aku..mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja.... aku dekati mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku ¿mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..mak
Bila takut, yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk..mak Aku selalu teringatkan .....mak
Bila sedih, aku mesti talipon, mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu¿mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku...mak
Klu balik ke kampung, yg selalu bekalkan ulam & lauk pauk..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mak
Yang selalu berleter kat aku.. mak
Yang selalu puji aku.. mak
Yang selalu nasihat aku... mak
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk¿ mak Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari pasanganku
Bila sedih, aku cari mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada mak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat emakku
Bila nak bercuti, aku bawa pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah mak
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ,.. aku ingat pasanganku
Selalu, mak ingat kat aku
Bila..bila, aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. , aku nak talipon mak
Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak Renungkan:
Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)
Petanda Lazim Serangan Jantung
Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.