Friday, February 27, 2009

9 PETUA MENYESUAIKAN DIRI

Dalam berkomunikasi kadangkala kita rasa janggal.... kadang-kadang rasa malu, kekok dan sebagainya. Di sini, saya ingin berkongsi petua bagaimana anda boleh cepat menyesuaikan diri dalam seesuatu keadaan, orang sekeliling dan persekiataran baru tanpa perlu ada tekanan emosi sebaliknya, dengan kerelaan hati artinya boleh joint dengan semua orang pada bila-bila masa dan di mana juga.

1. Maafkan
Pada malam sebelumnya, maafkan semua orang, lupakan kesalahan-kesalahan mereka (lupakan habis! tapi kalu terlalu dalam .... maka its will take time....) dari dulu sampai sekarang. Teknik ini mencuci hati dari fikiran negatif, emosi-emosi negatif lalu mengelak anda dari tertekan saat berjumpa dengan persekitaran baru atau anda ingin mewujudkan persekitaran baru.

Ia adalah rahsia komunikasi magnetik dan ionic, di mana hati yang bersih akan menarik sesiapa jua supaya jadi senang bila berhampiran dan berbicara dengan Anda. Masalahnya, kebanyakan orang, mereka susah nak jadi pemaaf....... heiiii ni yang masalah besar... so cuba atasi pelan... pelan....

2.Niat
Mulakan dari niat. Pasang niat dalam hati yang Anda mahu berbaik dengan mereka. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

3. Salam
Ucap salam perkenalan atau bertanya khabar, beritahu nama anda sambil berjabat tangan. Pamerkan wajah energetik macam Aznil Nawawi dalam Tom-tombak...., pandang terus ke mata dan try buat ramahhhh.....

Hanya mata orang tu bukannya meliar ke bibir, hidung, kening, rambut atau dagu dan lain-lain bahagian..... Anda akan diragui bila berbuat begitu di mana bola mata Anda ‘menjelajah’ ketika pertama kali bertemu. Elakkan memandang orang dari atas kebawahhhhh... macam nak marah aje.....

Lebih lihat terus ke matanya saja sambil mempamerkan wajah yang tampak yakin, yang relaks, steady, be in control.

4.Analisa
Analisa orang sekeliling tu dulu, cemana mereka, perwatakan mereka, air muka, cara diorang bercakap, pandangan mata, bahasa badan yang mereka tunjukkan. Kemudian, sesuaikan diri anda dengan mereka. tapi jangan over lakkkk...!!!!

5. Bersedia.
Sedia memperkenalkan diri, beritahu sedikit latar belakang, asal anda, pekerjaan dan umur (kekadang teringin nak rahsiakan).

6. Buka Cerita.
Buka cerita tentang cuaca, isu semasa. Jangan berlagak yang Anda tahu banyak perkara, cukup sekadar membuka topik untuk menghangatkan suasana. Ingat jangan tunjuk pandai sangat... nanti orang lain akan boring..... "ingatkan dia pandai sangat?"

7. Buang Sangkaan Buruk.
Elak sangkaan buruk dan yang negatif masuk di fikiran ketika berkenalan dengan orang sekeliling yang baru dan persekitaran baru. Anggap mereka ada ciri-ciri positif (susah tu) dan yang baik dalam diri masing-masing.

8. Rajin
Perlihatkan mereka kerajinan anda, rajinkan diri membantu apa yang patut, murah berkongsi buah fikiran dan ambil bahagian dalam apa jua yang mereka lakukan. Murah dengan senyuman dan bercakap dengan nada suara yang normal, tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan. (Kalau terlalu kuat cam na?.... Eiiiii macam orang kurang perhatian lak....

9. Buat Mereka Ketawa.
Pergaulan menjadi lebih indah, lebih berseri bila di selitkan lawak jenaka, cerita lucu dan gelak ketawa. Buat mereka ketawa, biar sampai pecah perut. Kalau boleh pertama kali jangan over sangat tapi bila dah kenal betul barulah boleh buat lawak "org dewasa... cth "apakah perbezaan antara peti ais dan ....."

Bila mereka boleh ketawa bersama Anda, maknanya mereka dah menerima kehadiran Anda! Syabas.....

Kursus Ketua Patrol 2009

Seperti yang telah dipostkan dahulu, bertempat di Tapak Perkhemahan Sungai Angkat JPS, Iboi, Kupang, Baling, sedang berlangsung Perkemahan Kursus Ketua Patrol, Persekutuan Pengakap Derah Baling sehingga 28 Feb 2009,

Kursus melibatkan lebih 170 orang peserta Pengakap Remaja dan Pengakap Muda. Tunggu tambahan post nanti.....



Satu khemah 4 orang saja ke.... yang kecik pon ada.... Anak Papa... yang baju putih pon ada.... AWAS !!!!... zip....

Mai makan ka mengiring pelajar ????

gambar ehsan "mshaiful.blogspot.com" thanks....

Wednesday, February 25, 2009

Logo Pengakap Dunia

Monday, February 23, 2009

PERKHEMAHAN KURSUS KETUA PATROL

Pada hari Khamis hingga sabtu iaitu pada 26 hingga 28 February 2009 akan diadakan satu perkhemahan kursus ketua patrol Persekutuan Pengakap Daerah Baling yang akan diadakan di Tapak Perkhemahan Sungai Angkat JPS, Empangan Iboi, Kupang, Baling, Kedah.... Kursus ini dijangka melibatkan lebih daripada 150 orang peserta terdiri daripada bakal Ketua Petrol Pengakap Muda dan Pengakap Remaja sekolah menengah daerah Baling.... Diharapka perkhemahan ini akan berjalan lancar..... Insya Allah....

Pendaftaran Persekutuan Pengakap 2009

Pendaftaran pengakap bagi Daerah Baling pada tahun 2009 boleh dijalankan dengan online. Tahniah kepada persekutuan Pengakap Malaysia kerana berjaya memanafaatkan semua kemudahan ICT yang dibekalkan di sekolah.... Justeru itu saya mengajak semua rakan pengakap untuk mendaftar segera.... Sebaik-baiknya pendaftaran yang dibuat perlu diberitahu kepada Pesuruhjaya Pengakap Baling iaitu Cg Idris atau Cg Saiful Azlan beserta bukti iaitu salinan "bank in slip" sebagai buktu dan sebagai rekod kumpulan berkenaan telah membuat pendaftaran online. Segala yang berkaitan dengan pendaftaran ini telah dibincangkan dalam mesyuarat aktiviti kokurikulum (Pengakap) daerah di SK Kampong KEDA, Kupang.... Taklimat telah diberikan oleh Cg. Zainol pada hari Khamis 19.2.2009. Diharapkan tiada lagi penyelewengan akan berlaku.... SYABAS !!!!!

Website pendaftaran online
http://www.myscout.com.my/daftar


Download borang di

http://www.4shared.com/file/79861773/c60f0fef/pendaftaran_pengakap_2009.html

Sunday, February 22, 2009

IQ test....

IKalau anda fikir anda bijak sila jawab dengan tenang dan tulis jawapan dalam comment.... selamat mencoooooobaaa....

PERPUSTAKAAN

Pada suatu tengah malam telefon dirumah seorang pustakawan berdering."Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" Seorang pemuda di hujung talian bertanya.

"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya ditengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" Pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

"Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!" Pustakawan itu menjawab dengan nada yangtinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?"

"Siapa kata saya mahu masuk?" kata Pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"

Blood Test....

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius di dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekaligus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekelilingmu berasa selesa untuk berdampingan denganmu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

ULASAN
Keterangan di atas hanyalah untuk tatapan sahaja dan tidak seharusnya terlampau mempercayainya....

Tahukah Anda..... jangan marah.....

1. Apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan


4. Tahukah anda dalam Bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai Paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak Paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam Bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama Papa Razzi (Bukan PapaRamzi).


5. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku. (jangan nak try buat pulak...hi.. hi....)

9. Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita..... jom belanja aku...... Jimi.....

Saturday, February 21, 2009

Jangan Mengeluh... Usaha....

Sunday, February 15, 2009

Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga 2009

Alhamdulillah... Majlis Penutup Kejohanan Olahraga Kali ke 12 selamat dijalankan tanpa kejadian yang tidak diingini.... syabas untuk penganjur....

Kiri....Tuan Pengetua, Ust Yahaya L. Mat menyarungkan 'track top' kepada olahragawati perempuan kelas 1 sambil diperhatikan oleh PK Kokurikulum, Ust Uthman Omar Zuhdi. Kanan.... sibuk nampakkk.....


Sedang mendengar Saudara Azley menyatakan sesuatu.....

Olahragawan Lelaki kelas 2 dan kelas 1

Lipat baju... jimat masa

Saturday, February 14, 2009

Super Teaching......

Hari ini, 14 February 2009 Sabtu.... berlangsungnya satu bengkel Super Teaching di Dewan Utama SMKA Baling..... semua yang hadir adalah terdiri daripada bakal super teacher..... Bengkel ini ditaja khas oleh Sime Darby Bhd sebagai khidmat sosial kepada semua warga sekolah.... terima kasih.... jasa mu akan ku kenang..... Bengkel ini dikendalikan oleh Motivator terkenal yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Dr. Shukri Bin Abdullah.....

Banyak assignment yang ditinggalkan oleh beliau.... dimana kami perlu jalankan... mengikut Modul Super Teaching tu kami dikehendaki untuk merealisasikan 12 perkara to be come as super teacher... pada saya bengkel ini amat berguna sebagai motivasi untuk guru lama dan guru baru.... dimana ianya akan meningkatkan lagi teknik P&P guru.... TQ Dr. Shukri.... kalu boleh datang lagi.....

Situasi + Respon -----> Hasil ????? apa tu.....

nak tahu ?
Ubahlah respon anda... insyaAllah lihatlah hasilnya... lumayan....

Cerita lanjut.... sila layari blog Cg Shukri Abdullah di http://drshukri.wordpress.com/2009/02/16/a-good-teacher-is-a-good-actor-actress/#comments

Friday, February 13, 2009

Chapter One Chemistry Form 5 Finished....



Kejohanan Olahraga ke 12 SMKAB

Aikkk... Ustaz.... tak de Cikgu pompuan ker.... sapa yang handle ni... mesti MC yang tak terror....



Instant energy and countering diseases

Beban Vs Tanggungjawab.......?????

Bercerita pada awal 2009 ini sememangnya banyak perkara yang berlaku di sekolah. Selalunya di awal persekolahan memang menjadi sibuk buat para guru dalam melaksanakan rutin harian mereka. Mengajar dan melaksanakan pelbagai kerja pengurusan termasuk mengutip yuran Takaful. Menyemak nama pelajar, proses pendaftaran pelajar, persediaan pendaftaran peperiksaan pelajar dan pelbagai aktiviti berlangsung disekolah dan pelbagai acara tahunan yang lain mewarnai kerja pengurusan yang harus dilakukan guru termasuklan kejohanan sukantara, olahraga sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah dan negeri. Paling teruk lagi sekolah tersebut akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut....

Saya sempat berbual dengan seorang guru yang menyatakan rasa tidak puas hati kepada pentadbir yang kurang memahami guru. Mana tidaknya setelah dilantik sebagai setiusaha P*****n, dilambak pula dengan 25 masa yang terdiri daripada 3 subjek berbeza. Tugas sebagai seorang SU memang berat. Kata beliau lagi, pelbagai dokumentasi perlu diselaras dan permantauan perjalanan peperiksaan dan segala perihal peperiksaan perlu diteliti. Selain itu, beliau terpaksa mengajar matapelajaran peperiksaan pada masa yang sama kepada semua kelas yang mengambil peperiksaan tahun ini.

Bagi ketika yang sama, ada juga sebilangan guru yang kurang beban berbanding guru yang terlibat. Soalnya sekarang, mengapa situasi ini kerap berlaku di sekolah? Seharusnya jika benar apa yang didakwa, tidak mustahil guru berkenaan mengalami stres yang berpanjangan. Ada juga pendapat mengatakan kebanyakan guru yang rajin selalunya dikurniakan pelbagai jawatan ‘besar’ yang hasilnya membuatkan guru berkenaan akan terbeban.

Seperkara yang perlu difikirkan, mengapa para pentadbir jarang mengkaji potensi dan minat sebelum menyerahkan tanggungjawab kepada individu yang sesuai. Perancangan sumber manusia seharusnya perlu dirancang dengan teliti oleh pihak pentadbir dan bukan hanya memberikan suatu jawatan atau tanggungjawab kepada individu yang sama. Secara amnya, perkara sebegini membezakan sekolah berpencapaian rendah dan tinggi.

Budaya kepemimpinan yang mampu merangsang pentadbiran berkualiti dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah. Sekolah yang berpencapaian tinggi lazimnya dilihat memberi pengupayaan kepada setiap warganya berbanding merendahkan kemampuan seseorang. Tidaklah nanti, semua tugasan dan tanggungjawab yang berat hanya berlegar-legar kepada orang yang sama. Alasan sesetengah pentadbir, mereka orang harapan dan boleh buat kerja. Habis apa jadi dengan orang lain, adakah mereka tidak pandai buat kerja?

Daerah Baru Di Kedah.....

Sebagai warga Kedah saya mengucapkan tahniah diatas perisytiharan Pokok Sena sebagai daerah ke 12 negeri Kedah dan perasmian Kompleks Pejabat Tanah Daerah Pokok Sena baru-baru ini oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah; Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Semoga pembangunan ekonomi dan sosial di Pokok Sena akan secara langsungnya dapat meningkatkan pembangunan Pekan Langgar yang agak ketinggalan dari segi pembangunan infrastruktur. Pembangunan yang dipacu dengan seimbang akan lebih memesatkan lagi kemakmuran dan kesejahteraan seluruh warga daerah Pokok Sena dan Kota Star.

Ada apa dengan Melamin

Melamin adalah produk yang dibuat dari resin sintetis hasil kondensasi melamin dan formaldehid. Melamin merupakan salah satu jenis produk perlengkap makanan dan minuman. Ini kerana produk melamin mempunyai beberapa kelebihan antara lain ringan, dapat dijumpai dalam berbagai bentuk dan mempunyai bentuk yang menarik serta tidak mudah pecah.

Apakah bahaya Melamin?
Penggunaan produk melamin dan sejenisnya harus diberi perhatian yang serius kerana produk-produk tersebut mengakibatkan gangguan pada kesihatan manusia. Jika diambil berlebihan atau dengan kerap, melamin boleh mendatangkan risiko kesihatan. Pencemaran melamin dalam produk tenusu telah mengorbankan empat bayi di China dan menyebabkan 54,000 lagi mengalami masalah buah pinggang dan penyakit-penyakit lain. Agensi kawalan ubatan dan makanan Korea (KFDA) kini sedang memeriksa 428 makanan proses untuk mengesan bahan berbahaya itu.

Bernama melaporkan pihak berkuasa keselamatan makanan Korea Selatan menemui bahan berasaskan nitrogen itu dalam coklat berjenama Kit Kat dan Snickers yang dihasilkan dari China. Sayur-sayuran import dari republik itu turut tercemar dengan kandungan melamin yang tinggi. Kementerian Kesihatan kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalankan pemeriksaan tahap empat terhadap semua produk makanan dari China bagi memastikan ia benar-benar selamat, lapor Bernama.

"Kami mendapat tahu dari Korea (Selatan) bahawa mereka mengesan kadar melamin yang tinggi dalam sayur-sayuran yang mereka import dari China.

"Kami telah melancarkan pemeriksaan tahap empat terhadap semua produk makanan dari China dengan mengambil contoh produk berkenaan untuk ujian," kata Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai.

Apakah kaitan antara susu dan melamin
Melamin yang merupakan bahan kimia industri yang digunakan untuk membuat plastik dan baja, kaya dengan nitrogen apabila dicampur ke dalam susu. Bahan itu boleh menjadikan tahap protein lebih tinggi daripada yang sepatutnya dan ia diharamkan untuk pengeluaran bahan makanan.

PINGGAN MANGKUK DARI MELAMIN
Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMIN yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.

Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand, Amerika Syarikat, dan juga UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.

Rujukan
Melamine-tainted milk seized from China factory:
http://www.nst.com.my/Current_ News/NST/Monday/NewsBreak/ 20080915125202/Article/index_ html

Melamine plates a health hazard
http://archive.gulfnews.com/ articles/07/05/14/10125274. html

FDA: Melamine found in baby formula made in China
http://www.usatoday.com/money/ industries/food/2008-09-11- tainted-formula_N.htm

Pet Food Recall (Melamine)/Tainted Animal Feed
http://www.fda.gov/oc/opacom/ hottopics/petfood.html

Friday, February 6, 2009

Tragedi: Rampasan Kuasa Di Perak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Syor Pilihanraya Bebas Serta Telus Dilaksanakan Atas Prinsip Keadilan Sejagat

KERAJAAN PR DI PERAK TUMBANG ADALAH MUKTAMAT

SEBAB TUMBANG:

kuasa Sultan yang mahukan MB Perak Mod Nizar letak jawatan
(Ada dua pilihan : letak jawatan atau pilihanraya semula, Sultan pilih Nizar letak jawatan)

SEBAB YANG LAIN:

1. Nasaruddin yang melompat dari UMNO kepada PKR masuk balik kepada UMNO
2. Jamaluddin dari PKR lari menyokong BN
3. Mohd Osman dari PKR lari menyokong BN
4. Yit Fong dar DAP lari dan menyokong BN (mungkin ada masalah pribadi)

Empat orang ADUN di atas di nilai sebagai orang yang menentukan jatuhnya kerajaan di negeri Perak, walaupun latar belakang mereka tidak baik bagi penilaian rakyat dan orang ramai akan tetapi mereka berjaya menetapkan sebuah kerajaan negeri Perak tumbang atau tegaknya kerajaan tersebut

KEDUDUKKAN KEKUATAN KERAJAAN BN DAN PAKATAN RAKYAT

BN 28 Kursi
PR 28 kerusi
BEBAS 3 (menyokong BN)



KUALA LUMPUR [9.09 pm] - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu. Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa, hanya pilihanraya bebas dan adil yang juga satu hak asasi manusia dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut. Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka. Menurutnya, Suhakam mengambil perhatian bahawa Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). "Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama apabila kesahihan surat peletakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diragui," tambahnya.

Menurutnya, bersempena menyambut Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pada 9 September 2007, Suhakam telah memfokuskan kepada keperluan dan pentingnya pilihanraya yang adil dan bebas. "Walaupun Suhakam mendapati pilihanraya di Malaysia pada umumnya bebas, tetapi ia tidak adil sepenuhnya kerana ada contoh berlaku penyelewengan kemudahan dan dana kerajaan sewaktu tempoh kempen pilihanraya, termasuk kawalan ke atas media. "Juga terdapat dakwaaan berlakunya politik wang dan perbuatan membeli undi," katanya. Bagaimanapun, Suhakam juga mendapati ada pembaikan dalam proses pilihanraya dalam pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil baru-baru ini. Perak dilanda krisis politik apabila empat Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi Adun bebas dan seorang daripadanya kembali merujuk BN.

Berikutan itu, jumlah kerusi yang dimilik Pakatan di DUN Perak tinggal 28 dan sama jumlahnya dengan kerusi Barisan Nasional. Ketiga-tiga Adun bebas itu kemudiannya menyatakan sokongan mereka kepada BN. Tindakan itu sekali gus memberi kelebihan majoriti kepada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Sultan Perak menolak permohonan Pakatan supaya DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan semula. Keadaan menjadi tegang apabila Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan seperti yang dititahkan oleh Sultan Perak. Berikutan itu, kesemua 28 Adun Pakatan memulaukan majlis angkat sumpah Dr Zambry jam 3.30 petang tadi. Ribuan orang penyokong Pakatan Rakyat berkumpul membantah pelantikan menteri besar baru selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, sehingga polis terpaksa menembak gas pemedih mata berkali-kali. Masjid tersebut terletak kira-kira satu kilometer dari Istana Iskandariah - tempat berlangsungnya majlis angkat sumpah menteri besar yang baru.

Jom.... Belajar Tajwid

Assalamualaikummm........
Marilah kita sama-sama mengmuhasabah diri kita.... selama ini betulkah bacaan Quran kita..? semasa kita baca bersendirian dan lebih-lebih lagi bacaan dalam solat kita, ini penting dalam memastikan solat kita sah dan diterima oleh Nya...membaca Al-Quran memerlukan syarat dan rukunnya. Di sini saya serta link panduan tajwid Al-Quran semoga sedikit sebanyak memberi petunjuk dan panduan kepada kita semua..... panduan ini boleh di"print"kan untuk dijadikan buku panduan seharian.... untuk bacaan yang baik dan lebih berkesan dapatkanlah tunjuk ajar dari orang yang lebih pakar....atau ustaz yang muktabar kerana ianya melibatkan sebutan yang tepat ia boleh didownload melalui link ini................. Mudah-mudahan link ini boleh memberikan manfaat kepada kita dan generasi harapan agama, bangsa dan negara.

Thursday, February 5, 2009

To Auntie Linda........

Tuesday, February 3, 2009

HMMMmmm...

Funny Pictures

Sunday, February 1, 2009

Jom Penang.... Makan Pasemboooorrr



Emmmm..... yummyyyyy..... Padang Kota Lama, Penang.... Harganya? Emmm mahal.... tapi berbaloi untuk cuti-cuti sekeluarga... mengeratkan hubungan silaturrahim... Itu belum campur dengan Mee dan Nasi Goreng....


ULTRAMAN


Cita-cita saya nak jadi ULTRAMAN....
Zassss.......



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...