Berikut kita tengok bagaimana fenomena menakjubkan berlalu. Siri foto di bawah menunjukkan bagaimana bulan melintasi antara bumi dan matahari - sebelum, semasa dan selepas gerhana matahari, seperti dilihat dari Bandar Lampung di Indonesia pada 26 Januari, 2009. Subhanallah..
(Foto: National Geographic)
Menurut Pengarah Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Dr. Azhari Mohamed, garisan laluan bulan berada betul-betul atas langit Indonesia, jadi hanya mereka di sana yang dapat lihat keadaan bulan menutupi matahari sehingga kelihatan seperti cincin.
Kali terakhir gerhana matahari cincin dapat dilihat di Malaysia pada 1998 dan fenomena itu memang dinanti kerana keadaannya lebih cantik berbanding gerhana matahari separa