Tuesday, March 31, 2009

Calon Bukit Selambau


Ada hajat nak bertanding... tapi paper hari ni tak sokong....

5 comments:

Unknown said...

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Naib Presiden Umno yang baru Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mencadangkan agar golongan pendidik, terutama guru dalam kumpulan A diberi kelonggaran untuk dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti politik.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata ia akan membolehkan golongan itu memegang jawatan politik agar kepakaran mereka dapat dimanfaatkan bagi memantapkan lagi parti.

Beliau berkata perjuangan Umno sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada pembabitan golongan guru dan menurutnya sejarah membuktikan bahawa kaum gurulah yang menjadi nadi kepada kekuatan UMNO.

"Malangnya hari ini, pengorbanan, sifat dedikasi, kecekalan dan niat yang luhur serta sumbangan guru semakin dipinggirkan. Ini menyebabkan ada antara mereka yang menjauhkan diri dan terus meninggalkan perjuangan parti, walaupun kita tahu mereka sangat sayang parti ini," katanya semasa menggulung usul perbahasan yang menyentuh isu pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Menyentuh isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Hishammuddin berkata sebarang keputusan yang dibuat mengenai perkara itu tidak akan menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Saya nak beri keyakinan kepada para perwakilan Umno, percayalah saya nak beri jaminan di sini bahawa apapun keputusan yang bakal dibuat kita tidak akan sekali-kali terpesong daripada perjuangan dalam mempertahankan Bahasa Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan," katanya.

Justeru katanya kerajaan akan meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)yang dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini bagi memberikan kuasa penguatkuasaaan kepada organisasi itu dalam memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu dalam negara.

Hishammuddin berkata mata pelajaran Sejarah di dalam sistem pendidikan negara juga akan dinilai semula bagi memastikan pelajar-pelajar mempunyai kefahaman yang tinggi mengenai Rukunegara, Perlembagaan Negara dan Institusi Raja-raja.

"Mereka juga sewajarnya diberikan pendedahan tentang proses memerdekakan negara dan bagaimana Umno serta Raja-raja Melayu begitu terlibat dalam proses ini," katanya.

EspositoEspendola said...

rebut jawatan pengerusi majlis guru dulu.....pastu baru fikir nak jadi calon........sebelah tu bodyguard dari indon ka......koro ja pun............hhuhuhuhuhuhuhuhu

Ramzi Abdul Rahim said...

Bodyguard yg kanan aku tu.. dar Medan Pak... di kiri pulak.. dari Nepal... sudah mau pencen...

BROTHER 08 said...

apa2 pun tahniah kat hangpa... boleh jugak jadik calon hua hua

Centrina said...

Ramzi memang ada gaya jadi YB.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...